Uji Kelajuan Anda Menaip

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Dah Tiada..


Michael Jackson dah tiada...

Dunia digemparkan dengan kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia pada jam 3.15 pagi waktu Amerika Syarikat pada usia 50 tahun. Sumber berita memberitahu bahawa beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi iaitu sakit jantung.

Ahli paramedik yang tiba di rumahnya walaubagaimanapun memberitahu sudah tiada denyutan jantung dan memberitahu bahawa Michael Jackson sudah tidak diselamatkan lagi. Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh adiknya La Toya Jackson.

Keunikannya dirinya..suaranya dan perjalanan kariernya.

Dilahirkan pd 29 August 1958..

Memulakan kariernya dengan Jackson 5 yang terdiri drp adik beradiknya..Michael Jackson terus bergerak tanpa menoleh ke belakang...











Michael mula menghasilkan album solo yang pertama pada 1971 ketika masih lagi bersama Jackson 5 Got To Be There. Kemudian dia terus bergerak solo pada tahun 1979 dan secara rasmi berpecah dengan adik beradiknya pada tahun 1984.

Album Thriller telah mencatat rekod jualan melebihi 104 juta dan telah menerima 13 Anugerah Grammy.

Selama 4 dekad penglibatannya dlm bidang seni bermula dengan Jackson 5, Michael Jackson diiktiraf dgn pelbagai anugerah.

Menurut PR Michael Raymond Bain..keseluruhan rekodnya telah terjual dianggar melebihi 750 juta.

Sejak 1988 ~ 2005 Michael menetap di satu hartanah yg dipanggil Neverland. Neverland yang didirikan seperti taman tema menempatkan zoo peribadi dan taman hiburan utk kanak2 yg kurang bernasib baik dan sakit. Sehingga Michael telah didakwa melakukan deraan seksual terhadap kanak2 pada tahun 1993. Ekoran dr kejadian ini juga telah terhasil satu dokumentari pd tahun 2003 Living With Michael Jackson ( Tinggal Bersama Michael Jackson ). Michael juga terus dituduh dan ada lagi dakwaan dikenakan ke atasnya pd tahun 2005.


bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Michael Jackson..click pd URL ini http://www.solarnavigator.net/music/michael_jackson.htm


1 comment:

Anonymous said...

Saya pun kalau boleh nak keluarkan jugak duit kwsp tu, baik letak dalam asb lagi banyak dapat

Post a Comment

Please Post A Comment