Uji Kelajuan Anda Menaip
Sunday, July 29, 2012
My New World..
Lamanyaaaa tak jenguk blog aku nih..sampai dah lupa camana nk tulis dn upload..dh lain benor interface baru ni..aku ni masih lg seorang trader..cuma ilmu mungkin dh bertambah skit..walau kerap ke longkang..taP untung tetap ada..
Friday, August 21, 2009
Pair Favourite
Pair favourite aku GU, EU, UChf dan kadang2 aku trade jgk UJ..aku ada sebab aku sndiri..sebab apa???
aku duk peraT 89% EU akn ikut arah GU dan 95% pergerakan UChf berlawanan dgn EU..satu lagi GU ni volatile..me like GU..
Masa utk trade pun ada peranan dia..sronok trade bila pair yg kita trade tu aktif taP kekadang tu aku trade jgk even salah satu currency je yg aktif..

Projek USD 1
Projek USD 1 ni aku buat menggunakan sistem merdekarama + skit sistem aku..dgn USD 1 atau 100 sen utk micro akaun..aku cuba gain sebanyak mungkin pip..
aku mula projek ni pd 1 Ogos 2009 dan pd hari ni 22 Ogos 2009 akan dah dapat kumpul sbyk 1131.46 sen bersamaan dgn USD 11.31..boleh tahan gak lbih kurang 1000 sen @ 10 kali ganda dlm masa 15 hari..15 hari tu sebab sabtu ahad tak leh trade..dari RM3.40 ( USD 1 : RM 3.40 ) ke RM34 dlm 15 hari...hhmmm..klu convert akaun standard plak....jika RM3,400 ( USD 1,000 ) ke RM 34,000 dlm masa 15 hari..fuyooo...hahahaha..mat jenin..mat jenin..
Tak banyak dr segi nilai.. aku kn control MM sebab equity aku x besar..aku trade brmula dgn 0.1 lot dan skrg ni aku up skit ke 0.2 lot..sebab aku kira klu hit SL pun still aku bleh trade lg..brapa byk post yg aku buka pun brgantung dgn jumlah equity yg aku ada masa tu..
Klu nk belajar psl forex ni aku suggest korang baca dekat babypips ( http://www.babypips.com/school/ )..byk info utk newbie utk faham psl technical forex ni ( TA : Technical nalysis )..Foundamental Analysis : FA jgn plak dilupa..
Aku ada pdf dr babypips(english) dan kelas belajar forex(bahasa)..klu sapa2 berminat salah satu pdf tu boleh tinggalkan email dkt komen dan aku cuba send pdf tu..
Klu rs dah brsedia utk try demo pastu nk try live micro click je link ni Registration
Klu rs lps demo ada brani nk trade live standard check out link ni Registration
Kt bawah ni SS Merdekarama Booster ver 1

Yang ni plak SS Merdekarama ikut perasa aku

Forex
Salah satu hobi aku yg baru ialah forex..aku main forex ni masih baru lagi..lebih kurang dalam setahun..trade kt micro je menggunakan broker fxopen..dlm tempoh setahun tu mcm2 sistem aku try..dr yg local made hingga ke foreign made dan tak ketinggalan jugak EA..akhirnya aku trade manual menggunakan merdekarama..taP aku blend skit dgn aku pnya perasa..
Pasal Forex yg aku nk citer ni bukan pair analysis atau psl belajar forex dr aku..apa aku nk citer dlm blog aku mengenai forex ni lebih kpd perjalanan aku bermain forex..taP klu ada sbrg pertanyaan boleh la tinggal soalan dekat bhg komen dn email skali..klu aku tahu aku x teragak agak utk jawab..

Wednesday, August 5, 2009
Pengorbanan
Assalamualaikum. ..
kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

Thursday, July 9, 2009
Nyawa Ku..
Sibuk sikt dalam seminggu ni utk sambut anak ke dua aku..nama dia belum decide lagi..masih tgh duk google..hehe..zaman skrg ni cari nama anak pun main google jee...
Aku tak tahu macam mana perasaannya bila dapat anak ke dua ni sehinggalah aku menatap wajah dia..lepas azan aku cium pipi dia dan perasaan yg sama aku rasa bila aku dpt anak pertama. Menitik air mata kesyukuran...
Aku nak kongsi pengalaman aku masa kelahiran anak ke dua ni..pd 8 June 2009 dlm pkl 3.30 pagi aku smpai hospital..aku ketuk pintu tempat bersalin sebab berkunci..sorang guard pompuan
wheel chair..guard tu mayB masih tgh lalok lagi dan bukak pintu sebelah je..aku tolak tak muat taP dia boleh buat tak tahu je..pandangan kosong..bini aku bangun sndiri dlm keadaan sakit..
kemudian nurse keluar...pun mata macam mata org lps tumbuk bawang taP nurse tu ada tindak balas..boleh bercakap dgn teratur dan aku pun paham apa yg dia nk sampaikan..
aku pergi register dkt kecemasan dan datang balik ke bhg bersalin..nurse tanya samada aku ada bawak baju baby..lps ambik baju baby aku minta masuk taP nurse kata tak perlu sebab baby dah nak keluar..
Aku rasa lega bila nurse kata camtu taP rasa risau sebab tak dpt teman kan wife aku kt labour room..anak pertama dulu aku di sisi dia sehingga selesai..dari pkl 8 pg smpai 3.45 ptg..
Aku tgk tak de org kt luar so aku hisap rokok sbtg nk tenangkan diri..aku teringat ada Yassin dkt ruangan menunggu tu..aku ambik dn baca Yassin..Bismillahhirahmannirrahim..
Tak sampai separuh aku baca Yassin tu aku nmpak wife aku atas wheel chair keluar dr pintu labour room...taP ?? mana baby??..jantung aku macam jaD laju giler..aku lari anak sambil tgk perut wife aku..dah kempis..kendian nurse tolak pulak baby keluar dr pintu tu...perasaan aku masa tu Allah je yg tahu..berat 2.95kg..abang dia dulu 3.4kg..kecik skit taP Alhamdulillah sihat..
Lepas azan aku terpaksa balik dan datang pkl 1 ptg utk jumpa dua2 nyawa aku tu..
Wednesday, July 1, 2009
Mana Wang Kami??
Aku tertarik utk menyampaikan pandangan aku dlm artikel yg aku baca kt metro semalam..
Mana wang kami??..Itu lah pertanyaan dari lebih 1000 bekas pekerja kilang Nikko Electronics..dari artikel yg aku baca dlm metro semalam..kebanyakan mereka berusia lebih 40 tahun dan klu kita pikir logik..kilang mana nk ambik org yg dah berumur 40 tahun..
Ada yg trpaksa membuat pinjaman dari along utk buat modal berniaga..dia amat sukar utk membuat pinjaman dgn bank dan along adalah pilihan terakhir..dia pinjam RM12000 dr along dan trpaksa byr RM500/mth..dia kata dia trpaksa ikat perut semata mata utk membayar pinjaman tu..pd aku..nasib baik jugak dia buat pilihan utk berniaga..klu dia pilih nk merompak???camana??org boleh cakap macam2...taP tuan punya badan je yg tahu deritanya..nak bagi keluarga tempat tinggal dan makan..
along kita lihat sbg vampire alaf baru..menghisap darah secara perumpamaan atau realiti..taP atleast dorang bagi tanpa birokrasi atau kompromi..trpaksa ambik risiko sebab tak mahu lihat anak bini kelaparan..
Bagi pekerja swasta..mereka ada KWSP..100% mereka punya..taP kononnya kerajaan kata tak
KWSP..aku rs patut diberi kelonggaran pada mereka yg sudah tidak mencarum utk keluarkan wang mereka..klu tak mencarum tu maknanya mereka dah tak bekerja..klu tak bekerja tu mungkin mereka berniaga sndiri..masa ini lah mereka nak guna duit yang mereka simpan tu..bukan tunggu hari tua..dorang nak guna duit dorang sndiri tu..HARI INI..
siapa yang patut dipersalahkan jika terjadi sesuatu pd peminjam dr vampire ni sedangkan mereka ada kwsp..
Syarat2 pengeluaran wang kwsp sepatutnya lebih fleksible..wang hanya dapat dikeluarkan oleh mereka yg sememangnya dah berWANG..iya lah..org yg beli rumah tu semuanya berduit..klu tak..takkan dorang mampu beli rumah..dunia skrg..yang kaya dibantu..yang susah ditindas..
Tergelak aku bila baca slogan baru kerajaan..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..kn ubah skit tu..rakyat KAYA diutamakan..hehe..
Aku bukan membangkang kerajaan atau membangkang benda baik yg ada..taP kerajaan pun kn sesuaikan dgn situasi lah jugak..aku sebelum ni aku memang pangkah dacing je..taP utk election yg lps aku trpaksa pangkah lawan dacing sebab itu je cara aku nk protes kerajaan..skrg ni aku nk tgk camana performance kerajaan dan pembangkang..sapa yg akan memenangi pangkah aku tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)