Uji Kelajuan Anda Menaip
Tuesday, June 30, 2009
Lagu Best..
Monday, June 29, 2009
Pecah Penjara
Pecah penjara...klu ikut melayu jadi penjara pecah atau pun prison brake..aku follow prison brake ni dr season 1 smpai 4..frust rsnya dah habis..aku suka citer yg mengisahkan pengorbanan adik beradik..ada satu lg citer yg aku suka..kabhi kushi kabhi gam..ghem..gum..ntah yg mana satu betul??..citer kisah Shahrukh Khan nak kawin dgn kajol taP pak Shahrukh Khan tak kasi pastu dia lari pastu adik tiri dia a.k.a Hitrik Roshan cari..ni lah satu2 nya citer hindustan yg aku tgk..yg lain aku tak tahu dn tak tgk..berbalik pd Pecah Jail..
Di hujung episod akhir ni Michael Scofield akhirnya mati sebab penyakit kt otak dia..aku rs barah otak..ari tu jeneral dah rawat dia..taP pnyakit tu datang balik..itu lah akibatnya klu jaD genius..trlalu byk guna otak smpai otak jaD rosak...jaD nasihat aku klu buat apa2 perkara tu kn kurangkan gn kpala otak..byk kan gn kpala lutut..muhuwahaha..kesian kt Sara dah jaD ibu tunggal..
Aku ingat suatu hari nanT aku nk tulis perkara yg aku buat dlm blog ni..yg aku anggap sbg pengorbanan aku pd org yg aku sayang..nanT klu aku dah mati boleh la aku sruh dorang baca blog ni je kan??
Sunday, June 28, 2009
Sekitar Badminton Grand Prix Emas
Aku kecewa dgn permainan Wong Pei Tty dgn dan Chin Eei Hui..tapi nampak Pei Tty byk buat mistake bila main dkt net..memang senang kita nk komen bila duk kt luar brbanding bila kita bermain..itulah hakikatnya..aku sndiri pun sruh org kt luar komen prmainan aku dlm court utk improve..bila dah duk dlm court agak susah skit nk tahu camna prestasi kita..Wong Pei Tty dgn dan Chin Eei Hui tumpas 9-21, 11-21 kepada pasangan muda China, Ma Jin-Wang Xiaoli pada final beregu wanita. Aku harap pd kejohonan dunia mereka cuba ubah rentak.
Tapi permainan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen menang straight set 21-11, 21-13..klu ikut permainan beregu kita ni..aku rs dorang boleh buat China tu tak beraji pun..silap2 boleh buat balik telanjang..itu bahasa yg aku slalu gn bila main badminton..bawah 10 : tak beraji..bawah 7 : balik telanjang..hehe
Tapi Datuk Lee Chong Wei...Chong Wei..Chong Wei..Chong Wei..you are the man..permainan yg bijak..smash yg peerrggghhhh....aku klu boleh nk tgk lagi game tu..Menang straight set 21-15, 21-9 ke atas Chen Long..Chong Wei sudah kaji permainan Chen Long..kelebihan Chen Long adalah ketinggian..memang satu advantage utk smash taP pada aku utk org yg tinggi ni cam Chen Long ni mempunyai kekurangan dr segi buat position recovery atau lain katanya dia nak kembali ke posisi kuda kuda..hehe..jaD bila Datuk buat return pantas ke tempat kosong..apa lagi?? Chen Long dah nmpak mcm zirafah kn sergah laa..hehe..sori la Chen Long..ditambah plak Chong Wei ajak Chen Long main net..netting Chong Wei aku bagi 8/10..aku tgk kaki Chen Long makin panjang bila game tu habis..hehe..syabas Malaysia
Camana??
Dalam tengah hari tadi aku tengok ada satu program bual cara dgn seorang individu ni..aku tak tahu apa jawatan dia dan tajuk prbualan tu sebab aku pun tgk program yg sudah brjalan..tapi aku rasa kurang senang dgn satu kenyataan yang dia cakap..katanya.." Isteri yg bekerja tidak perlu bagi hasil pencariannya kerana itu adalah tanggungjawab suami kerana wajib memberi nafkah zahir dan batin "...
Pada aku..jika dia menyatakan perihal tanggungjawab..jika tanggungjawab suami memberi nafkah zahir dan batin..di mana pula tanggungjawab isteri ketika itu??..bukan ke menjaga makan minum keluarga?? jadi apa kejadahnya dia pergi kerja plak???..soooo....apa maksudnya??..perkahwinan adalah perkongsian..perkongsian dari segi segalanya..klu dua2 kerja...pakat2 lah..share..suami pun jgn lah bila kawan tu balik kerja letih2..pastu nk suruh masak taP tak tolong...tolong lah..jemur kain ke..mandikan anak ke..basuh kain ke..jangan rajin pada " tang tu je... " bak kata nabil..
' Lu pikir lah sendiri "..
Saturday, June 27, 2009
Anak ku Seorang Doktor
Hari ni mak aku ajak pergi dekat rumah sedara aku..diaa nk menetap hantaran dn tarikh knduri..aku ikut je sebab ada makan2..haha..da sorang makcik ni suka crita psl anak2 dia..esspecially ada sorang anak dia yg jadi doktor..aku slalu jugak jumpa makcik ni klu majlis2 sedara mara aku buat..dan seperti biasa dia akn citer psl anak ku seorang doktor..dia ni kira sedara la jgak..taP sedara jauh2 je..
Aku pun x ambik "port" sgt klu org jnis gitu..sebabnya cam ada unsur2 kerek..asal jumpa je citer anak dia yg doktor ni..asal jumpa je citer..asal jumpa je citer..
aku..klu nmpak je dia dah tau la topik apa dia nk citer..
Bini aku nk branak..due dlm prtengahan bln depan..dia kata jumpa anak dia je..anak dia doktor kt spital "tuut"..nanT dia boleh tolong..bila bini aku bgtau kt aku psl tu..aku kata org ni byk jenis..aku pernah jumpa dgn byk jenis org..bukannya aku ni pikir tak baik kt org cuma pengalaman tu mematangkan aku..aku kata tak payah lah..sebelum ni masa pun bini aku branak pun dia tak ada jugak..minta kt Tuhan je senang..
ini coth org yg anda mungkin pernah jumpa @ akan jumpa :
1)Dia hanya nk bagitau dia kenal seseorang yg hebat..(dlm kes bini aku..mungkin dia dpt tolong..mungkin dia tak dapat tolong sebab dia pun semestinya sibuk..takkan nak layan bini aku je..)
2)Beritahu nak bantu selepas benda telah berlaku (coth..bila nk minta kerja.."kenapa tak bagi tau pakcik..pakcik kenal si polan ni..klu tak pakcik boleh rekemen)
3)Bila minta bantuan..dia kata kawan dia ni dah tak kerja kt situ
4)Bagi bantuan tanpa diminta..(coth..jika kawan tu dah dapat kerja pun dia buat senyap je..tak bagitau yg sebenarnya dia ada bg sedikit bantuan)..yang ni lah sepatutnya..tangan kanan bg sedekah..tangan kiri pun tak tahu..aku kenal org camni..org paling dekat dgn aku..bapak aku sndiri..dia citer kt aku..aku percaya sebab dia ada tolong spupu aku..taP dia tak bgtau kt spupu aku dia ada jumpa kawan dia untuk bantu dptkan kerja..lps tu spupu aku dpt kerja tu..
Friday, June 26, 2009
Michael Jackson Dah Tiada..
Michael Jackson dah tiada...
Dunia digemparkan dengan kematian Michael Jackson, Raja Pop Dunia pada jam 3.15 pagi waktu Amerika Syarikat pada usia 50 tahun. Sumber berita memberitahu bahawa beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi iaitu sakit jantung.
Ahli paramedik yang tiba di rumahnya walaubagaimanapun memberitahu sudah tiada denyutan jantung dan memberitahu bahawa Michael Jackson sudah tidak diselamatkan lagi. Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh adiknya La Toya Jackson.
Keunikannya dirinya..suaranya dan perjalanan kariernya.
Dilahirkan pd 29 August 1958..
Memulakan kariernya dengan Jackson 5 yang terdiri drp adik beradiknya..Michael Jackson terus bergerak tanpa menoleh ke belakang...
Michael mula menghasilkan album solo yang pertama pada 1971 ketika masih lagi bersama Jackson 5 Got To Be There. Kemudian dia terus bergerak solo pada tahun 1979 dan secara rasmi berpecah dengan adik beradiknya pada tahun 1984.
Album Thriller telah mencatat rekod jualan melebihi 104 juta dan telah menerima 13 Anugerah Grammy.
Selama 4 dekad penglibatannya dlm bidang seni bermula dengan Jackson 5, Michael Jackson diiktiraf dgn pelbagai anugerah.
Menurut PR Michael Raymond Bain..keseluruhan rekodnya telah terjual dianggar melebihi 750 juta.
Sejak 1988 ~ 2005 Michael menetap di satu hartanah yg dipanggil Neverland. Neverland yang didirikan seperti taman tema menempatkan zoo peribadi dan taman hiburan utk kanak2 yg kurang bernasib baik dan sakit. Sehingga Michael telah didakwa melakukan deraan seksual terhadap kanak2 pada tahun 1993. Ekoran dr kejadian ini juga telah terhasil satu dokumentari pd tahun 2003 Living With Michael Jackson ( Tinggal Bersama Michael Jackson ). Michael juga terus dituduh dan ada lagi dakwaan dikenakan ke atasnya pd tahun 2005.
bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Michael Jackson..click pd URL ini http://www.solarnavigator.net/music/michael_jackson.htm
Thursday, June 25, 2009
Hobby Aku Dulu Dan Sekarang
Aku suka bersukan..dari zaman muda remaja dlu aku main macam2..kt malaysia ni biasalah bola semua org tahu camana 20 org berebut sebiji benda bulat..samada anda kaki bangku..kaki krusi..kaki apa skali pun..anda akn tahu serba sdikit camana undang2 dia..aku dlu bleh main bola..stakat tendang2 je lah..dr sekolah rendah aku main bola..badminton pun aku ada main jugak..
Crita psl badminton ni..aku masih ingat masa aku umur lebih kurang 8 tahun(aku ingat umur aku tu sebab masa tu aku masih belum pindah sekolah)..aku sekolah kt SKGK..sek.keb.gong kapas kuala terengganu..
aku main badminton pkai badminton plastik(mainan) main dgn kawan2 yg umur lbih tua dr aku..taP masa tu aku hanya boleh pkl lps net aje..bila dah umur 10 tahun aku sruh mak aku beli reket betul..masa tu yg frame kayu..itu je yg dapat..taP nk dptkan reket tu aku kn ngigau dlu baru bleh dapat..taP kengkawan aku masa tu dh lg advanced dr aku..taP bak kata aiman.."aiman tak kisah"..
TaP family aku tak suka aku bersukan..dorang tak pernah support..aku tak pernah dengar dari mulut dorang..taP aku masih ingat but bola stud 6 aku pernah beli kat langkawi..aku tak ingat sapa yg bayar..abah?? atau mama??..yg slalu dorang sebut hanyalah pelajaran..ada satu peristiwa yang aku ingat sampai sekarang..pernah dulu aku masuk pertandingan melukis masa aku umur 10 tahun..ramai yang masuk..dan aku ingat masa cikgu duk panggil nama2 org yg dapat..aku bangun nak balik sebab aku rs aku tak dapat..kebetulan nama aku dipanggil..rasa tebal muka bila naik pentas ambik hadiah tu..aku tak ingat dapat no brapa..samada no 3 @ saguhati..punyalah sronok bawak balik hadiah tu..aku dapat hadiah buku..buku2 kosong..banyak la jugak..bila sampai je kt rumah aku tunjuk kt mak aku..aku bgtau aku menang hadiah buka pertandingan melukis kt sekolah..pastu mak aku dgn sedapnya keluarkan ayat yang aku ingat smpai hari ni "buat apa hadiah dpt sebab melukis..klu dpt hadiah sebab blajar tu tak pa lah jugak"...ayat kramat aku ingat smpai hari ni..aku bukan berdendam..taP benda dah memang lekat dlm kpala smpai hari ni..
Hari ni aku main balik badminton hanya utk bersosial..jumpa kawan2..
